Forex

Lindungi Keuntungan Anda dengan Alat Penjejak Hentikan Kerugian

Penggunaan Alat Penjejak Hentikan Kerugian Membantu Memaksimumkan Kejayaan Dagangan Anda


Pernahkah anda kehilangan banyak keuntungan dalam perdagangan yang baik kerana pasaran tiba-tiba bertukar semasa anda berada jauh dari komputer anda? Anda tidak keseorangan. Nasib baiklah Alat Penjejak Hentikan Kerugian Olymp Trade dapat menghalang perkara ini daripada berlaku lagi.

 

Apakah itu Penjejak Hentikan Kerugian?

Penjejak hentikan kerugian ialah alat seperti ciri hentikan kerugian biasa bagi kedudukan dagangan terbuka. Ia menghalang seseorang pedagang daripada mengalami kerugian pada kedudukan di atas sejumlah tertentu jika harga aset mula menjunam.

Peserta dalam kejohanan 5 tahun kebelakangan ini telah menjadi penerima pertama alat ini sebagai ganjaran untuk mencapai tahap tertentu semasa kejohanan, tetapi pelanggan tambahan akan mempunyai akses kepada ciri menakjubkan ini tidak lama lagi.

Perbezaan paling ketara dalam penjejak hentikan kerugian dari hentikan kerugian biasa ialah ia dapat membantu pedagang “mengunci” keuntungan yang telah mereka hasilkan dalam perdagangan yang baik tanpa perlu menutup kedudukan atau menggunakan pilihan “mengambil keuntungan”.

Di samping itu, ia membolehkan pedagang untuk meninggalkan skrin komputer atau telefon mereka tanpa berasa bimbang sekiranya mereka akan kehilangan wang jika pasaran mula beralih dengan mendadak ketika mereka berada di tempat lain.

 

Bagaimana Penjejak Hentikan Kerugian Berfungsi?

Penjejak hentikan kerugian bergerak bersama dengan harga aset yang anda dagangkan dan ia berfungsi untuk Naik (Beli) dan Turun (Jual) perdagangan di sisi Forex pada platform Olymp Trade.

Berikut adalah beberapa contoh:

Anda membuka perdagangan bagi Emas pada $1450 auns dengan perintah Beli $100. Anda menetapkan penjejak hentikan kerugian pada $10 (10%) daripada jumlah dagangan. Kemudian harga Emas mula naik seperti yang anda ramalkan menjadi $1475, tetapi anda fikir ia boleh pergi jauh lebih tinggi dan tidak mahu keluar daripada perdagangan. Penjejak hentikan kerugian anda bergerak dengan kenaikan harga dan kini akan ditutup secara automatik jika kedudukan anda akan kehilangan $10 dari harga $1475.

Di sinilah penjejak hentikan kerugian membuatkan anda lebih tenang. Jika harga terus meningkat, kedudukan anda selamat kerana ia masih terbuka. Katakan Emas kemudian mencecah $1485, tetapi tiba-tiba menurun kembali ke $1450. Penjejak hentikan kerugian anda akan menjual kedudukan anda pada $1475 dan memelihara keuntungan anda walaupun anda tidak berada di hadapan komputer untuk membuat keputusan.

Cara ini berfungsi dengan sama pada kedudukan Turun (Jual).

Anda membuka kedudukan Jual bagi Emas pada $1450 dengan perdagangan $100 USD. Anda meletakkan penjejak hentikan kerugian $10 pada perdagangan. Harga emas turun apabila anda membuat ramalan pada $1435, tetapi kemudian kembali semula kepada $1450 semasa anda sedang membuat sandwic.

Penjejak hentikan kerugian anda akan menutup kedudukan anda pada $1445 yang membantu mengekalkan beberapa keuntungan untuk anda walaupun berlaku pembalikan yang cepat dalam harga.

 

Beberapa Petua Tambahan

Berikut adalah beberapa perkara lain yang perlu dipertimbangkan ketika menggunakan penjejak hentikan kerugian.

  1. Jangan berikan nilai yang terlalu kecil — Jika anda membuat penjejak hentikan kerugian anda terlalu kecil, ia mungkin menutup perdagangan anda walaupun hanya berlaku turun naik yang kecil dalam harga aset. Nilai yang terbaik adalah pada 10–20% daripada jumlah perdagangan.
  2. Jangan tunggu untuk masukkan penjejak hentikan kerugian anda — Ramai pelabur membuat kesilapan dengan menunggu untuk menetapkan penjejak hentikan kerugian sehingga mereka sudah bersedia meninggalkan komputer mereka atau melakukan perkara yang lain. Jika anda mempunyai banyak kedudukan terbuka yang berbeza dalam satu masa, anda mungkin akan terlupa untuk menetapkan semua penjejak hentikan kerugian.

Selain itu, walaupun anda berada di hadapan komputer atau telefon anda, jika anda mempunyai banyak kedudukan terbuka di pasaran yang berbeza, anda mungkin akan terkesan dengan pembalikan harga secara tiba-tiba kerana anda tidak cukup cepat untuk menangkap dan menutup kedudukan.

Sediakan payung sebelum hujan.

Akhir sekali, pastikan ciri Hentikan Kerugian/Ambil Keuntungan diaktifkan dalam menu tetapan pada platform untuk memanfaatkan fungsi alat ini.

 

Kesimpulan

Olymp Trade terus menyediakan alat dan sumber profesional yang terbaik untuk para pelanggan dan alat Penjejak Hentikan Kerugian adalah antara contoh yang kuat.

Ambil kesempatan daripada penjejak hentikan kerugian untuk menghasilkan lebih banyak keuntungan dan meminimumkan kerugian anda. Selamat berdagang.

 

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.